Tuesday, January 23, 2018

Minggu lepas aktiviti berkisar kepada isu kebocoran tangki air. Ia bermula setelah didapati air mengalir dari atas bumbung slap menuju saluran ke longkang.

Seorang plumber telah ditugaskan untuk cari punca kebocoran. Satu tangki yang disambungkan kepada tangki sekunder didapati ada kesan bocor (memanjang). Plumber telah menggunakan epoxy putty untuk tampal tempat yang bocor.

Setelah semua kerja penampalan selesai, air diisi semula keesokan harinya. Pada mulanya tiada air yang tiris di tangki yang dibaiki. Tetapi keesokkan harinya mula kebocoran dikesan di tempat yang sama.

Kerana air dalam tangki mengambil masa dua hari untuk kering, tindakan susulan ditangguhkan. Rumah hanya bergantung kepada saluran air direct. Didapati juga air tidak lagi keluar dari kawasan bocor walaupun tangki masih ada air. Tindakan selanjut dilakukan DIY. Tempat yang bocor ditambahkan lagi epoxy putty melibatkan kawasan sekitarnya.

Tindakan menampal diulang beberapa hari. Kawasan luar juga ditampal dengan Flex Tape tetapi masih tidak ada kejayaan.

No comments:

Post a Comment