Thursday, May 5, 2011

Amar Makruf Nahi Mungkar


بارو-بارو اين ستياڤ کليه يڠ   داوسهاکن ڤد وقتو مغرب استاذ يڠ   دإوندڠ مڽنتوه ڤرکار  
امل معروف نهي موڠکر . واﻻوڤون کتاب يڠ   ديڤيلاجاري   اداله   برﻻءينن, نامون استاذ ترڤڠڬيل اونتوق بيچارا تنتڠ ڤرکارا ترسبوت. جک کيت کاجي تنتڠ حديث د باوه کيت اکن سدر ڤرکارا اين ڤنتيڠ اونتوق انق دان چوچو کيت اکن داتڠ.


دمي جيواکو   يڠ   اد دالم ڬيڠڬامانڽا  , کالين ممرينتهکه   کمعروفن دان منچڬه کموڠکرن اتاو الله اکن منيمڤاکن اذاب اتس کالين, کمودين کالين بردعاء کڤد-ڽا, ﻻلو دعاء کالين تيدق اکن دقبولکن. (هر   ات  -تيرميدزي  ).


جک کيت رنوڠ کمبالي اڤ يڠ   ترجادي د بومي مليو اين, اذاب يڠ   دسبوت دالم حديث د اتس تلهڤون   منيمڤا کيت ور مليو. سکيراڽ کيت تيدق کمبالي کڤد حکوم يڠ   دسمڤايکن دالم ال  -قرءان دان حديث, کموڠکينن اومت مليو اکن دبيناساکن اوليه الله. فتنه سوده مراجاليل. تۏ   دان اخبار سوده منجادي الت ڤڽوکوڠ اجرن شيتان. کيت هاروس ايڠت اذاب الله تيدق مميليه - سموا سمادا   کافير اتاو برايمان اکن ترکنا باهاناڽا  .
کيت کسل کران اومت مليو تيدق ﻻڬي داتڠ کي   سوراو/مسجد اونتوق بلجر ليمو   إسلم  منجاديکن تۏ   دان اخبار سباڬاي ڤندوان هيدوڤ مريک. ڬجاﻻ سوسيال يڠ   ترجادي مروڤاکن باﻻ يڠ   دتمڤه اوليه اومت مليو ماساکيني  . الماء جو توروت ترليبت کران ممبيسو کڤد ايسو يڠ   ملندا اومت مليو. بارڠ ديڠات   الماء اکن دهومبن کي   دالم نراک دولو جک اومت مليو ڬاڬل   دالم ملکساناکن حکوم إسلم.
ايوه کيت کمباليکن   کڬميلڠن اومت مليو إسلم سڤرتي کراجأن اول ڤمرينتهن ملک دولو. 


Baru-baru ini setiap kuliah yang diusahakan pada waktu maghrib Ustaz yang diundang menyentuh perkara
Amal Makruf Nahi Mungkar . Walaupun kitab yang dipelajari adalah berlainan, namun Ustaz terpanggil untuk bicara tentang perkara tersebut. Jika kita kaji tentang hadis di bawah kita akan sedar perkara ini penting untuk anak dan cucu kita akan datang.


Demi jiwaku yang ada dalam genggamannya, kalian memerintahkah kemakrufan dan mencegah kemungkaran atau Allah akan menimpakan azab atas kalian, kemudian kalian berdoa kepada-Nya, lalu doa kalian tidak akan dikabulkan(HR at-Tirmidzi).
Jika kita renung kembali apa yang terjadi di bumi Melayu ini, azab yang disebut dalam hadis di atas telahpun menimpa kita warga Melayu. Sekiranya kita tidak kembali kepada hukum yang disampaikan dalam Al-Quran dan Hadis, kemungkinan umat Melayu akan dibinasakan oleh Allah. Fitnah sudah merajalela. TV dan akhbar sudah menjadi alat penyokong ajaran syaitan. Kita harus ingat azab Allah tidak memilih - semua samada kafir atau beriman akan terkena bahanaNYA.
Kita kesal kerana umat Melayu tidak lagi datang ke surau/masjid untuk belajar limu Islam tetapi menjadikan TV dan akhbar sebagai panduan hidup mereka. Gejala sosial yang terjadi merupakan bala yang ditempah oleh umat Melayu masakini. Ulama juga turut terlibat kerana membisu kepada isu yang melanda umat Melayu. Barang diingat ulama akan dihumban ke dalam neraka dulu jika umat Melayu gagal dalam melaksanakan hukum Islam.
Ayuh kita kembalikan kegemilangan umat Melayu Islam seperti kerajaan awal pemerintahan Melaka dulu. 




لاين٢   بلوڬ   تنتڠ ڤرکارا د اتاس:  Lain2 Blog tentang perkara di atas:

Laman Tazkirah
AMNM
Dunia Islam
Hizbut Tahrir

Monday, April 11, 2011

Kedai Kek

مالم اثنين کامي تله دجمڤوت اوليه سرجن سلله کي کداي کيک انق بلياو د چرس . کامي تله اداکن تهليل دان دعاء سلمت سيمڤيرنا ڤمبوکأن کداي ترسبوت. اين مروڤاکن چاوڠن يڠ کتيڬ. کامي بربڠڬ دڠن کجايأن انق مليو دالم ڤرنياڬأن د کاوسن چرس اين. ميمڠ سوکر اونتوق برتنديڠ دڠن قوم چينا دالم ڤراوسهأن کدا کيک. د کاوسن ايت ترداڤت ساتو کداي کيک ديسيبيلاه يڠ دجالنکن اوليه ڤنيا قوم چينا. کامي برهارڬ چاوڠن کتيڬ اين داڤت برسأيڠ دڠن کداي سبله کران ماجوريتي ڤندودوق د کاوسن ترسبوت اداله کاموم مليو.
سراماي ليم بلس جمااه تله دجمڤوت کي مجليس تهليل ترسبوت دان تله برجالن دڠن لنچر د دالم کداي ترسبوت. کامي تله دهيدڠکن دڠن ساتي دان کيک اونتوق جاموان.

Malam Isnin kami telah dijemput oleh Sarjan Salleh ke Kedai Kek anak beliau di Cheras. Kami telah adakan tahlil dan doa selamat semperna pembukaan Kedai tersebut. Ini merupakan cawangan yang ketiga. Kami berbangga dengan kejayaan anak Melayu dalam perniagaan di kawasan Cheras ini. Memang sukar untuk bertanding dengan kaum Cina dalam perusahaan kedia kek. Di kawasan itu terdapat satu kedai kek disebelah yang dijalankan oleh peniaga kaum Cina. Kami berharap cawangan ketiga ini dapat bersaing dengan kedai sebelah kerana majoriti penduduk di kawasan tersebut adalah kaum Melayu.
Seramai lima belas jemaah telah dijemput ke majlis tahlil tersebut dan telah berjalan dengan lancar di dalam Kedai tersebut. Kami telah dihidangkan dengan sate dan kek untuk jamuan.

Wednesday, February 23, 2011

Majlis Silaturahim

Semalam aku menghadiri Majlis Silaturahim pelajar yang menuntut di Mesir dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Sen. Mej. Jen (B) Dato'Jamil Khir Hj. Baharom. Majlis dijadual bermula 10.00 pagi dengan pendaftaran pelajar yang hadir, yang berlasung di Masjid Wilayah Persekutuan.
Majlis hanya bermula pada 11.30 pagi setelah seorang Pegawai dari MAWIP memberi taklimat tentang kegiatan dan peranan MAWIP.
Majlis terus tertanggu hingga 12.00 tengahari selepas ucapan Pegawai tersebut. Pelajar yang datang terpaksa menunggu seorang lagi penceramah dari UMNO. Dato yang datang pukul 12.00 ini terus menceritakan peranan dia membawa pulang pelajar-pelajar dari Kaherah ke Jeddah dan seterus ke Kuala Lumpur. Cara Dato ini bercerita tidak sesuai kerana asyik membesar diri dan merendah golongan lain yang tidak dalam UMNO. Malah ada beberapa nama pemimpin pelajar dan Pakatan disebut dengan cara tidak sesuai. Aku tidak tahu apakah reaksi pelajar dan ibubapa sehingga sebelah petang.
Disebelah petang, 2.30 petang  baru Dato' Jamil Khir datang untuk memberi ucapan mengenai bantuan Baitulmal Wilayah kepada pelajar. Jamil Khir juga ada memberitahu tentang mesyuarat MB/Ketua Menteri mengenai keputusan untuk membantu pelajar kembali ke Mesir.
Dari sesi soal-jawab yang diadakan pada pukul 3.40 petang aku berpendapat pelajar dan ibubapa kecewa dengan ucapan Dato' dari UMNO. Jika Jamil Khir saja yang beri ucapan disebelah pagi, mungkin keadaan lebih baik bukan melerik hingga ke petang. Ada ibubapa yang aku temui membandingkan apa yang diadakan oleh Kerajaan Selangor sebelum ini tentang pelajar kelahiran Selangor di Shah Alam. Majlis lebih simple dan tepat untuk membantu pelajar bukan sesi cerita yang faktanya lebih sensasi dari kebenaran.