Wednesday, February 23, 2011

Majlis Silaturahim

Semalam aku menghadiri Majlis Silaturahim pelajar yang menuntut di Mesir dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Sen. Mej. Jen (B) Dato'Jamil Khir Hj. Baharom. Majlis dijadual bermula 10.00 pagi dengan pendaftaran pelajar yang hadir, yang berlasung di Masjid Wilayah Persekutuan.
Majlis hanya bermula pada 11.30 pagi setelah seorang Pegawai dari MAWIP memberi taklimat tentang kegiatan dan peranan MAWIP.
Majlis terus tertanggu hingga 12.00 tengahari selepas ucapan Pegawai tersebut. Pelajar yang datang terpaksa menunggu seorang lagi penceramah dari UMNO. Dato yang datang pukul 12.00 ini terus menceritakan peranan dia membawa pulang pelajar-pelajar dari Kaherah ke Jeddah dan seterus ke Kuala Lumpur. Cara Dato ini bercerita tidak sesuai kerana asyik membesar diri dan merendah golongan lain yang tidak dalam UMNO. Malah ada beberapa nama pemimpin pelajar dan Pakatan disebut dengan cara tidak sesuai. Aku tidak tahu apakah reaksi pelajar dan ibubapa sehingga sebelah petang.
Disebelah petang, 2.30 petang  baru Dato' Jamil Khir datang untuk memberi ucapan mengenai bantuan Baitulmal Wilayah kepada pelajar. Jamil Khir juga ada memberitahu tentang mesyuarat MB/Ketua Menteri mengenai keputusan untuk membantu pelajar kembali ke Mesir.
Dari sesi soal-jawab yang diadakan pada pukul 3.40 petang aku berpendapat pelajar dan ibubapa kecewa dengan ucapan Dato' dari UMNO. Jika Jamil Khir saja yang beri ucapan disebelah pagi, mungkin keadaan lebih baik bukan melerik hingga ke petang. Ada ibubapa yang aku temui membandingkan apa yang diadakan oleh Kerajaan Selangor sebelum ini tentang pelajar kelahiran Selangor di Shah Alam. Majlis lebih simple dan tepat untuk membantu pelajar bukan sesi cerita yang faktanya lebih sensasi dari kebenaran.