Wednesday, January 24, 2018

Bulan Januari 2018 dimulakan dengan dua mesyuarat. Mesyuarat pertama melibatkan Persatuan Penduduk Taman tempat tinggal aku. Sebagai AJK, aku hanya membantu dalam mendapat solusi untuk sesuatu isu yang timbul. Isu yang sangat panas ialah tentang kucing yang banyak berkeliaran di Taman kami. Kucing2 tetsebut ada yang bertuan dan ada yang tidak. Masalah utama ialah tentang najis2 kucing yang begitu banyak dan menggangu dari segi bau dan kotoran. Penduduk telah mengadu kepada Persatuan dan tindakan untuk forward kepada pihak berkuasa DBKL sedang diusahakan.

Persatuan telah menyusun beberapa program untuk penduduk untuk tahun 2018. Program pertama akan berlangsung pada akhir bulan Februari. Program sukan bowling dijangka akan mendapat sambutan. Pasukan2 yang mewakili Jalan2 di Taman kami akan beradu untuk memenangi 8 kategori hadiah.

Dalam bulan ini juga aku dengan beberapa rakan telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan koperasi yang diadakan di Bangunan PERKIM. Beberapa ahli Lembaga telah berhenti dan ditukar dengan ahli lain. Aktiviti koperasi masih lagi perlahan jika diukur dari prestasi kewangan tahun lalu. Aku pun baru dalam koperasi ini dan tidak aktif. Pada pandangan aku, koperasi ini kurang marketing. Walaupun di era internet ini, marketing lebih mudah dan murah dengan menggunakan network media sosial, koperasi mungkin kurang tenaga atau staf untuk gerakkannya. Aku tidak sedar tentang barang2 dan khidmat koperasi disediakan, jika aku tidak kunjungi pejabat koperasi tersebut. Itu pun kerana Mesyuarat Agung pada hari itu.

Aku telah hantar mesej tentang isu koperasi tersebut kepafa seorang pemimpinnya untuk perhatian dan tindakan jika belum dilakukan.

No comments:

Post a Comment