Wednesday, October 9, 2019

Iman

Rabu, 10 Safar 1441. Tewas lagi setelah sekian lama. Pagi ini dengan alasan mencari kunci dapor, terlepas solat Subuh di Surau. Padahal dapor atau pintu belakang ada dua. Kerana ikutkan bisikan syaitan, terus usaha cari kunci dapor untuk ke Surau. Lemah sungguh iman aku pagi ini. Setelah selesai solat dhuha baru aku sedar syaitan telah berjaya dalam usaha melemahkan iman aku.


وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني قال أبو

Kata Aisyah radhiallahu ‘anha; “Wahai Rasulullah! Jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan (doa)?” Baginda menjawab: “Ucapkanah; “Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi).